Nasionalpilihan

Menyamar sebagai majikan sebelum lakukan penipuan

MENYAMAR sebagai majikan dan meminta mangsa untuk membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’.

Itu modus operandi baharu yang dikesan digunakan oleh sindiket penipuan sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM30,250.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, suspek yang menyamar sebagai majikan akan mehubungi mangsa menggunakan aplikasi Whatsapp.

“Mangsa yang percaya akan diarahkan untuk membeli kad ‘Google Play Gift’ yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan perlu menyerahkan nombor pin tersebut kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunaka adalah berbeza dengan nombor telefon milik majikan,” katanya.

Menurut Mohd Kamarudin, setakat ini pihaknya telah mengesan dua kes penipuan begini.

Dalam pada itu, pihaknya meminta supaya orang ramai sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp atau panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Jelasnya, orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan gambar profil semata-mata sebaliknya perlu membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button