Kemalangan

Menteri Pertahanan arah siasatan terperinci Hawk 108 terhempas

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar melakukan segera siasatan terhadap insiden pesawat jenis HAWK milik TUDM terhempas di Butterworth pukul 10.07 malam tadi.

“TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Hishammuddin sementara itu, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian itu.

Menurutnya, beliau menerima panggilan dari Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen. Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang memaklumkan kejadian pesawat Hawk 108 terhempas.

Katanya, seorang anggota TUDM  kehilangan nyawa manakala seorang lagi cedera.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang meninggal dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini,” katanya.

Menurut Hishammuddin, beliau difahamkan anggota yg cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera.

Beliau turut mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button