Nasional

Kartel daging: Kakitangan kerajaan ini mudah dibeli – Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah sebagai mudah dibeli.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, kakitangan terbabit jelas telah mengabaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat. Mereka juga telah merosakkan kepercayaan umum terhadap institusi yang terlibat.

“Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan, namun kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat.

“Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam.

“Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut,” kata Anwar.

Ketua Pembangkang itu mendesak agar pihak berkuasa menjalankan saisatan yang mendalam dan segera mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah.

“Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan,” kata Anwar.

Sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan kegiatan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan.

Modus operandi kartel itu antara lain termasuk mengupah pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Wang ringgit dan habuan berlibur dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan melepaskan barangan yang diimport, tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.

Kartel dtersebut ipercayai membeli bekalan daging dari loji sembelihan yang tidak diluluskan termasuk dari Kanada, United Kingdom, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.

Kumpulan harap tersebut menyeludup daging sejuk beku dari negera terbabit sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.-SM

 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button