Nasional

Menteri Kerja Raya positif Covid-19

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi.

Beliau akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan.

Fadillah menjalani ujian saringan COVID-19 pada jam 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya, Fadillah sebelum sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

Sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.-SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button