Nasional

Menteri hadiri mesyuarat Kabinet disahkan Covid-19

Menteri hadiri mesyuarat Kabinet positif Covid-19

SEORANG menteri yang menghadiri mesyuarat Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 3 Oktober baru-baru ini, disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisyam berkata, pada ketika dijangkiti wabak trersebut, beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan Covid-19.

Menteri berkenaan, kata Noor Hisyam telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif Covid-19.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

“Kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

“Sehubungan itu semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya lagi, mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.

Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera, ujar beliau.

Mereka juga telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button