Rencah Hidup

Menteri Besar Perlis berbesan dengan Presiden Pas

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan isteri, Najwa Othman mengadakan kenduri kesyukuran perkahwinan anak kedua mereka di Kilometer 4, Jalan Sungai Padang, Simpang Ampat, Arau, Perlis hari ini.

Mohd Syafeeq bertemu jodoh dengan Ummu Kalthum yang merupakan anak Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pasangan ini selamat dinikahkan di Marang, Terengganu pada 3 Disember lalu.

Abdul Hadi juga hadir pada majlis resepsi sebelah pengantin bersama isteri-isterinya Toh Puan Zainab Awang dan Norzita Taat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Mursyidul Am Pas Perlis, Datuk Hashim Jasin. – SM


(Visited 484 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button