Nasional

Menteri belum disuntik vaksin, positif Covid-19

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan semalam.

Perkara tersebut disahkan Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan tersebut Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” kata kenyataan berkenaan.

Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan lancar.

Pada 7 Mac lalu media melaporkan, Saifuddin berkata, beliau akan mengambil suntikan vaksin Sinovac keluaran China.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi meyakinkan kepada masyarakat bahawa vaksin Sinovac juga selamat.

“Saya memutuskan untuk bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mengambil suntikan vaksin Sinovac itu, walaupun bukan pada hari yang sama.

“Keputusan itu dibuat kerana saya mahu mengatasi berita palsu mengenai vaksin ini kerana yakin ia selamat,” katanya.

Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Sinovac pada 18 Mac lalu.

Bagaimanapun pada 21 Mac, media melaporkan Saifuddin berhasrat untuk mengambil suntikan vaksin Sinovac keluaran China bersama pengamal media.

Seramai 1,500 pengamal media yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah akan mula menerima vaksin Covid-19, bulan depan.

Perkara itu diumumkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar perkembangan PICK semalam. -SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button