Politik

Bukan keputusan semborono tukar kerusi Parlimen Tangga Batu, Alor Gajah

Pertukaran kerusi tradisi ditandingi calon MCA di Alor Gajah berpindah ke Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dibuat secara semborono kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sebaliknya katanya, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dan Alor Gajah, UMNO negeri, parti komponen dari MCA dan MIC sebelum ia dimuktamadkan di peringkat kepimpinan tertinggi BN.

Tegasnya, pertukaran tersebut kerana menilai komposisi kaum antara kedua-dua tempat itu tidak ada bezanya termasuk pemilihan calon adalah anak tempatan yang dikategorikan boleh menang buat BN nanti.

Menjelaskan perkara tersebut Ka Siong yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata, perkara itu sudah lama dibincangkan sebelum pembubaran Parlimen lagi.

“Memang kita sudah bincang lama pertukaran dua kerusi ini antara MCA dan UMNO kalau kita melakukan sesuatu percaturan secara yang lebih teratur banyak perkara dapat kita nilai apabila memilih dua calon ini.

“Saya kenal emak Shahril begitu juga datuknya berasal dari Jasin iaitu kampung saya juga, jadi saya tahu keluarga dia yang mempunyai satu latar belakang orang yang mempunyai hubung kait dengan Melaka.

“Bagi calon di Tangga Batu iaitu Datuk Lim Ban Hong adalah anak tempatan yang sememangnya beliau begitu dikenali seluruh pengundi di sini kerana beliau sudah berkhidmat begitu lama sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang,” ujarnya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program Walkabout bersama Ban Hong dan Shahril di Pasar Malam Kampung Lereh, Tangga Batu di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, walaupun Sharil muka baharu kali pertama bertanding namun dia dilihat mampu diterima masyarakat di Alor Gajah berdasarkan latar belakangnya sebagai pemimpin muda yang progresif, dinamik, petah bercakap dan mempunyai pendidikan tinggi.

Jelasnya, tidak mudah untuk mencari seorang pemimpin muda sepertinya kerana beliau adalah Pengarah Ekonomi pejabat Perdana Menteri, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau berkata, calon BN di Alor Gajah itu dilihat bukan calang-calang orang yang sanggup bertanding di kerusi panas kerana bakal berdepan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH) dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) juga penyandang, Datuk Seri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button