Gajet

Honor Band 6 jam pintar yang tak sepadan dengan harga

SATU ketika dahulu, telefon pintar bukanlah satu keperluan dan begitu juga dengan jam pintar.

Tetapi kini, hampir setiap orang mempunyai telefon pintar dan jam pintar juga kini sedang memasuki fasa yang sama.

Apatah lagi dengan ketika pandemik Covid-19 melanda, fungsi jam bukan sekadar untuk melihat waktu, tetapi keperluannya kini lebih tertumpu ke arah kesihatan seperti melihat kadar degupan jantung dan tahap oksigen dalam badan.

Namun, tidak semua berkemampuan untuk membeli jam pintar dengan harga yang mahal. Namun, masih ada yang jenama yang menawarkan harga yang mampu milik dan hadir dengan pelbagai funsi menarik iaitu Honor Band 6.

Suara Merdeka sempat menguji jam pintar ini selama sebulan dan berikut adalah antara kelebihan dan kekurangan yang boleh dipertimbangkan untuk memiliki gajet tersebut.

Skrin yang jelas

Perkara pertama yang menarik tumpuan adalah skrin Honor Band 6 yang bukan sahaja besar, tetapi jelas terutamanya ketika berada di bawah matahari.

Honor Band 6 menggunakan skrin Amoled 1.47 inci dengan resolusi 368×194 sekaligus memberikan paparan yang cukup jelas.

Satu perkara yang menarik bila skrin Honor Band 6 ini jelas adalah mudah untuk pengguna melayari semua aplikasi yang disediakan dapat digunakan dengan mudah.

Tahap kelancaran bila kita mahu menukar tetapan dan beralih aplikasi juga sangat baik.

Aplikasi kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh

Seperti yang dikatakan sebelum ini, memakai jam pintar bukan sekadar untuk melihat waktu tetapi lebih daripada itu terutamanya untuk mengetahui tahap kesihatan dalam diri.

Selain daripada fungis 10 mod senaman, jam pintar yang dilengkapi dengan sensor 6-paksi membolehkan pengguna memantau tahap kesihatan diri.

Malah, pengguna juga boleh memeriksa dan mengawasi kadar degupan jantung selama 24 jam serta mengukur ketepuan oksigen darah (Sp02).

Malah, pengguna juga akan diberikan peringatan jika berlaku degupan jantung abnormal supaya si pemakainya dapat mengawasi kesihatan jantung.

Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia, kemudahan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan segera adalah sangat penting dan Honor Band 6 boleh membantu pengguna untuk sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Saiz, jangka hayat bateri dan ciri khusus buat wanita

Selain menguji tahap kesihatan diri, Honor Band 6 juga memberi satu ciri tambahan khas kepada wanita iaitu berkenaan dengan kitaran haid.

Jam pintar ini akan mengawasi kitaran hadir sekaligus membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

Selain itu, jam pintar ini juga mempunyai jangka hayat bateri yang cukup panjang iaitu selama 14 hari bagi penggunaan yang biasa.

Bukan sahaja itu, nak mengecas jam pintar ini juga tidak begitu lama kerana dengan hanya 10 minit cas, kita boleh menggunakan selama tiga hari.

Kekurangan Honor Band 6

Ada beberapa kekurangan yang boleh dirasakan bila mengunakan Honor Band 6 terutamanya melibatkan getaran pada jam pintar tersebut untuk notifikasi.

Getaran yang terlalu perlahan membuatkan pengguna tidak sedar sebarang notifikasi yang masuk.

Selain itu, notifikasi mesej yang masuk juga hanya boleh dibaca sahaja dan tidak boleh dibalas.

Selain daripada itu, rasanya tiada kekurangan lain kerana harganya yang mampu milik sudah mengatasi semuanya.

Kalau nak lebih, kena bayar lebihlah kan?

Harga

Harga bagi Honor Band 6 kini adalah RM189. Cukup mampu milik dengan spesifikasi yang pelbagai dan boleh didapati dengan warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey. -SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button