Agama

Mengapa Umat Islam Berpuasa 36 Hari Pada 2030? Ini Penjelasannya!

Ahli astronomi Arab Saudi meramalkan umat Islam dijangka menyambut bulan Ramadan dua kali setahun pada 2030.

Khaled al-Zaqaq menerusi video disiarkan di akaun Twitter rasminya berkata, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan bumi mengelilingi matahari, lapor portal Alarabiya News.

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.

“Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965. Ia dijangka berlaku lagi pada 2063.

“Pada 1451 Hijrah, Ramadan bermula pada 5 Januari 2030 manakala 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030,” katanya.

Beliau berkata, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030.

“Bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

“Tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari.

“Ini bermakna Ramadan jatuh dalam musim berbeza setiap tahun dan berjalan dalam kitaran 32 tahun,” katanya.

Beliau turut meramalkan, Ramadan 1449 Hijrah yang bermula pada 2028 akan berlangsung pada pertengahan musim sejuk.

“Pada 1466 Hijrah, bersamaan dengan 2044, bulan suci bermula semasa kemuncak musim panas.

“Puasa Ramadan diperhatikan dari matahari terbit hingga terbenam bermakna tempoh paling lama berpuasa berlaku apabila Ramadan pada musim panas dan paling pendek apabila ia jatuh pada musim sejuk,” katanya.

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button