Nasional

Harga tiket penerbangan perlu kembali seperti sebelum PKP

SEMUA syarikat penerbangan diarahkan untuk mengembalikan semula harga tiket seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga tiket perlu kembali kepada asal kerana kerajaan telah membenarkan jumlah penumpang yang penuh.

Ismail Sabri berkata, pihak kerajaan mendapati tikel penerbangan masih lagi tinggi.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP mengambil maklum isu harga tiket penerbangan yang tinggi terutamanya bagi penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

“Oleh kerana syarikat penerbangan telah dibenarkan beroperasi dengan jumlah penumpang berkapasiti penuh, Mesyuarat Khas berpendapat bahawa harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP,” kata Ismail Sabri.

Dalam sidang akhbar hari ini, syarikat terbabit juga diminta untuk mengembalikan harga tiket kepada asal untuk pelajar, guru dan pengajar institusi pengajian tinggi.

“Syarikat penerbangan diminta untuk menyelaraskan harga tiket ke paras normal khususnya untuk pelajar serta guru sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang akan menyambung semula sesi pengajian,” kata Ismail Sabri.

Jelas beliau, Kementerian Pengangkutan telah diminta untuk mengadakan sesi libat urus bersama syarikat penerbangan bagi mencari jalan penyelesaian.-SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button