Nasional

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kritikal Covid-19

Tiada maklumat terkini tentang isteri

TIMBALAN Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid yang disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dilaporkan kritikal.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memang benar keadaan Rizuan kritikal dan dimaklumkan, keadaan terkini Timbalan Pengerusi Tetap parti itu adalah benar.

Maklumat berhubung Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” kata Ahmad kepada SINAR HARIAN.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong telah disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tiada maklumat lain yang pasti tentang keadaan kesihatan terkini isteri Rizuan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad walaupun beliau dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button