HiburanTeknologi

FENIX360: Revolusi lanskap kreatif perkasakan artis

FENIX360 ialah aplikasi inovatif yang direka untuk memperkasakan artis dan memberi peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka.

Ia juga menetapkan standard baharu dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.

FENIX360 juga merupakan platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis yang mana ia terus memberikan sokongan dan memperkasakan artis dalam usaha kreatif mereka.

Tidak hairanlah jika FENIX360 dapat mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

Pelancaran FENIX360 telah diadakan di Jakarta, Indonesi bulan lalu  dan ia merupakan perkembangan penting dalam komuniti kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FENIX360, Allan Klepfisz berkata, FENIX360 bukan hanya aplikasi, ia merupakan gerakan untuk mengubah lanskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka.

Aplikasi inovatif ini, katanya dalam satu kenyataan, direka untuk memperkasakan artis, memberikan peluang terbaik untu meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka, menetapkan standard baru dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.

“Di FENIX360, pelbagai pencipta seperti ahli muzik, penari, pengeluar, artis, model dan pereka dapat memperoleh bahagian pendapatan yang besar dari iklan dan transaksi lain termasukjualan barang dagangan dan siaran langsung,” katanya.

Platform ini, kata beliau lagi, mendorong hubungan yang lebih mendalam antara artis dan peminat, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Platform ini yang berpusat kepada artis mengintegrasikan kandungan dari pelbagai sumber seperti YouTube, Instagram, dan Facebook, menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pencipta dan peminat,” jelas beliau.

Beliau berkata, platform ini sedang meraikan pelancarannya di negara-negara utama dengan acara langsung, mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa,bermula dengan Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Ujar beliau, kolaborasi dengan pengaruh tempatan dan artis akan menyesuaikan FENIX360 untuk setiap pasaran, meningkatkan daya tariknya.

FENIX360 kini mempersembahkan FENIX360 Live! di Malaysia pada 21 Januari 2024 di Jiospace, Petaling Jaya dengan persembahan oleh Imsomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, dan The Frankie Sixes! Turut menyertai barisan adalah DJ Jemput Dengar!

Bermula dari jam 4.30 petang hingga 10.30 malam, pintu akan dibuka pada jam 4 petang.

Masuk adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat sehingga 2000 orang, dengan syarat yang sangat mudah iaitu dengan memuat turun aplikasi FENIX360 dari Google Play Store atau Apple App Store dan mendaftar sebagai pengguna, tanpa bayaran atau langganan yang diperlukan.

Sementara itu, CEO FENIX360 Asia Pasifik, Sandy Monteiro dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya bangga mempersembahkan FENIX360 sebagai platform yang benar-benar berpusat kepada artis.

“Kami sangat gembira melaksanakan acara pelancaran di Malaysia kerana yakin pencipta dan artis Malaysia akan mendapat manfaat yang signifikan dari pelancaranaplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat FENIX360 untuk berkembang di ASEAN dengan acara langsung akan datang di Filipina dan Singapura.

FENIX360 Live! di Indonesia telah berlangsung semalam di Jakarta, Bengkel Space, SCBD Complex, dengan persembahan oleh Voice Of Baceprot, ST12, Hijau Daun, Goliath, Angkasa, Nirwana, Raffa Affar, Dimansyah Laitupa, dan Oomleo Berkaroke.

Aplikasi FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com dan di platform iOS dan Android secara global. – SM

BACA Insomniacks sedia buat lagu ‘komersial’

BACA Konsert Jiwa Kacau: Insomniacks, Masdo, Hujan & Bunkface bergabung pentas

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button