Agama

Mengapa fitnah jemaah haji, sakit demam ketentuan Ilahi

Cuaca di Mekah ketika ini boleh mencecah sehingga 50 darjah celsius. Cuaca ekstrem  bagi kebanyakan jemaah menyebabkan kesihatan mereka mudah terjejas.

Ini termasuklah jemaah haji dari Malaysia yang sebahagian daripada lebih sejuta umat Islam yang berada di tanah suci untuk menunaikan haji dan umrah.

Untuk berada di dalam lautan manusia sahaja merupakan satu cabaran, apatah lagi perlu berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Pada masa yang sama dunia belum lagi bebas sepenuhnya daripada virus Covid-19.

Namun semua jemaah redo dengan situasi itu dan apa yang diusahakan adalah hanya untuk mendapat redo Ilahi.

Ada juga segelintir yang tiba-tiba jatuh sakit contohnya kerana tekanan darah tinggi dan bukan bermakna jemaah menyembunyikan sakitnya. Doktor meluluskan untuk menunaikan haji kerana penyakit tersebut berada pada tahap terkawal dengan ubat diberikan.

Kita hanya mampu merancang, apabila tiba di Mekah, situasi lain berlaku. Contohnya perubahan zon waktu mengelirukan jemaah jam untuk mengambil ubat. Di tanah suci ini waktunya lewat lima jam. Ini memberi kesan kepada kesihatan. Ditambah pula dengan suhu melampau panas serta kurang meminum air serta tidak menjaga pemakanan dan terdedah pada cuaca luar tempoh agak lama menyebabkan sakit yang biasa menjadi tidak terkawal.

Namun kita harus yakin pelbagai dugaan dan keajaiban berlaku di tanah suci ini. Ada yang sembuh daripada penyakit dan ada yang jatuh sakit tiba-tiba.

Bagi umat Islam janganlah kita membutakan mata hati dengan menfitnah bahawa jemaah haji Malaysia berbohong tentang keadaan kesihatan mereka.

Tuduhan melulu itu bukan sahaja tidak manis bahkan akan menjejaskan reputasi negara kita dan umat Islam sendiri.

Jemaah haji Malaysia sentiasa dihormati oleh kerajaan Arab Saudi termasuklah Tabung Haji yang mempunyai reputasi yang sangat baik.

Jadi amat menyedihkan apabila dalam kalangan kita cuba memburukkan umat Islam dan negara sendiri dengan menyebar fitnah.

Haji adalah ibadah yang menuntut pengorbanan wang dan tenaga. Janganlah kita menjadi orang sering mencari keburukkan kerana sikap negatif itu bukan sahaja memakan diri sendiri bahkan memberi kesan kepada orang sekeliling.

Berhentilah membuat cerita buruk ini sebaliknya doakanlah kebaikan buat jemaah haji seluruh dunia dan umat Islam seluruh dunia dan kebaikan untuk negara kita tercinta.

(Visited 2,039 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button