NasionalParlimen

Seorang saja jemaah meninggal dunia kerana jangkitan kuman

SEORANG sahaja jemaah haji Malaysia meninggal dunia sehingga 20 Julai lalu yang berpunca dari jangkitan kuman dan bukannya Covid-19. Sekalipun terdapat jemaah haji yang bergejala tetapi keadaan mereka tidak serius.

Ini berikutan Rombongan Perubatan Malaysia menggunakan ubat anti viral Paxlovid yang dibawa ke Tanah Suci ini ternyata berkesan untuk merawat mereka sehingga pulih sepenuhnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sebagai menjawap soalan Tuan Che Alias Hamid (Pas – Kemaman) mengenai pembaharuan dan inisiatif terkini yang diperkenalkan oleh Tabung Haji (TH) dalam menjaga kebajikan jemaah haji yang menunaikan ibadat haji semasa fasa endemik.

Sekalipun katanya, pada tahun ini kuota rasmi haji dikurangkan tetapi jumlah Rombongan Perubatan Malaysia yang tinggi tetap dikekalkan.

“Petugas ini berpengalaman dalam pengurusan kawalan dan rawatan jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya, kerajaan juga mematuhi ketetapan Arab Saudi supaya tidak melebih 65 tahun, sihat tubuh badan, lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 dan menjalani ujian PCR negatif sebelum ke Tanah Suci. – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button