Politik

Najib Razak berharap yang beliau boleh menyusup masuk dan menjadi Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa persoalan tersebut menjadi isu tumpuan negara

Najib Razak berharap yang beliau boleh menyusup masuk dan menjadi Perdana Menteri ke-10 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa persoalan tersebut menjadi isu tumpuan negara.

Jika Najib berjaya, Malaysia akan sekali lagi menjadi bahan ketawa dunia, lebih-lebih lagi selepas Indonesia kini dilihat semakin mengejar Malaysia dalam perang melawan rasuah sejak dua dekad lalu.

Malaysia menjadi semakin korup, sementara Indonesia semakin pulih daripada amalan rasuah — sebuah trend yang akan disahkan selepas Transparency International (TI) mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 pada Januari 2022 nanti.

Malaysia akan berdepan masalah berganda jika PRU15 diadakan tahun hadapan, dengan Najib kembali menjadi Perdana Menteri ke-10 dan dalam masa yang sama CPI pula mengeluarkan laporan TI 2021, yang bakal menandakan trend penurunan untuk Malaysia dalam perang melawan rasuah.

Wabak Covid-19 telah menyerlahkan kelemahan Malaysia berbanding Indonesia dalam perang melawan Covid-19.

Semalam, Indonesia merekodkan 394 kes harian Covid-19 dan 9 korban Covid-19, berbanding 5,599 kes Covid-19 dan 47 korban yang direkodkan di Malaysia, menandakan 111 hari berturut-turut sejak 18 Ogos di mana Indonesia merekodkan kes harian baharu Covid-19 lebih rendah berbanding Malaysia dan 50 hari berturut-turut sejak 5 Oktober merekodkan kes kematian harian baharu lebih rendah berbanding Malaysia.

Semalam adalah hari ketiga sejak 19 November di mana jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia direkodkan dalam julat satu angka.

Adakah kita telah tewas kepada Indonesia dalam perang melawan Covid-19, malah dalam perang melawan rasuah?

Artikel adalah pandangan peribadi Lim Kit Siang https://bit.ly/3l3BPRQ

(Visited 572 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button