Nasional

PM komited Sidang Parlimen bulan September, Oktober

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memberikan komitmentnya untuk membuka Sidang Parlimen pada bulan September atau Oktober ini.

Muhyiddin berkata, pembukaan Sidang Parlimen akan berlangsung pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara yang dilancarkannya hari ini.

Beliau menegaskan, bahawa menjadi pendiriannya sejak dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen berfungsi selepas kes Covid-19 terkawal.

“Saya ingin memberikan komitmen bahawa Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa ini iaitu sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau akan terus mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan memberikan peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak menimbulkan kecelaruan terhadap rakyat.

“Saya akan terus mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19.

“Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19,” katanya.-SM

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button