MahkamahNasional

Mahkamah tolak permohonan Hindraf cabar batal pendaftaran

MAHKAMAH Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) untuk mencabar pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

Hakim Amarjeet Singh yang menyampaikan keputusan itu kepada pihak dalam talian bagaimanapun tidak memberikan sebarang alasan.

Beliau turut mengarahkan Hindraf membayar kos RM5,000 kepada JPPM dan menteri dalam negeri.

Annou Xavier mewakili Hindraf manakala Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin mewakili JPPM dan menteri dalam negeri.

Pada 22 Disember 2020, Hindraf melalui bekas menteri P Waytha Moorthy memfailkan permohonan kebenaran bagi mencabar kesahihan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran pertubuhan itu.

Kebenaran itu diperolehi pada 22 Februari 2021.

Sementara itu, Waytha turut memfailkan tindakan saman pemula memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 adalah tidak berpelembagaan.

Seksyen 13 memperuntukkan keadaan di mana JPPM boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan.

Beliau menamakan ketua pengarah JPPM, menteri dalam negeri, menteri undang-undang dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam saman difailkan November lalu, Watha mendakwa keputusan untuk membatalkan Hindraf melanggar beberapa peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, defendan telah memohon untuk membatalkan saman itu atas alasan bahawa ia adalah skandal, remeh atau menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Liew berkata pengurusan kes bagi kes saman itu ditetapkan pada 29 Februari. – FMT – SM

BACA Waytha Moorthy jangka BN, PH gabung bentuk kerajaan

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button