Sukan

Mencari “Tiger Wood” Malaysia

Sebanyak 88 pemain muda dikenalpasti oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) akan mengambil bahagian edisi ke-12 Kejohanan TSM Golf Challenge di TPC Kuala Lumpur.

Kejohanan bermula 14 hingga 16 Jun ini bertujuan bagi mencungkil bakat muda bakal menjadi pemain profesional.

Pengerusi kejohanan, Datuk Wan Shalohudin Wan Ibrahim berkata, hadiah ditawarkan ialah Geran Pembangunan Golf bernilai RM130,000.

Biasiswa meliputi perbelanjaan tempoh enam bulan hingga setahun di program latihan dan penyertaan kejohanan dikendali oleh MGA.

Hadiah utama juga melayakkan pemenang menerima tajaan latihan golf di akademi yang diiktiraf TSMCG.

Bagi mereka yang melayakkan diri sebagai pemain golf profesional, pembayaran tunai dibuat apabila “Tour Card” diserahkan.

Bagi pemenang lain hadiah akan diberikan dalam bentuk baucar atau bayaran balik tuntutan kejurulatihan, pembelian peralatan golf dan lain-lain.

Turut hadir pada sidang akhbar ialah Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor selaku Presiden MGA, Setiausaha Kehormat MGA, Datuk Zulkifli Datuk Ismail dan Presiden TSMCG, Datuk Ir. Zainuddin Mohd Radzi.

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button