AgamaNasionalNegeri

Raja Perlis: Islam ajar berkasih sayang, ikat persaudaraan berlandas akidah

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail bertitah, Islam telah mengajar umatnya supaya saling berkasih sayang antara satu sama lain dan mengikatnya dengan tali persaudaraan berlandaskan akidah.

Titah Baginda, amat tepat sekali tema Maal Hijrah yang diangkat pada tahun ini : “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” yang dilihat sangat signifikan dan mampu memberikan impak yang besar dalam kita menjalani kehidupan pada masa kini.

“Kebersamaan dan kemesraan antara kita mestilah diperkukuhkan khususnya dalam mendepani cabaran ketika ini dan sedarlah isu-isu penghinaan terhadap agama, penyebaran maklumat palsu berkaitan agama, penularan semula khurafat dan tahyul khususnya di media sosial sangat memerlukan kesatuan kita semua umat Islam dalam menanganinya.

Untuk itu, titah Baginda umat Islam di negeri ini mestilah bersatu di bawah Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta berpegang teguh dengannya.

Sehubungan itu titah Baginda lagi, bagi memastikan hasrat ini, jentera Kerajaan Negeri khususnya agensi-agensi agama negeri hendaklah komited untuk menyatukan dan mengeratkan struktur masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Dalam hal ini, agensi-agensi agama negeri mestilah bergerak bersama di bawah payung Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam menggerakkan agenda dakwah dan pengurusan hal ehwal agama Islam di dalam negeri,” titah Baginda.

Demikian titah Raja Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1444H/2022M di Hotel Seri Malaysia, di Kangar hari ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang menerima anugerah pada tahun ini daripada Tuanku Syed Sirajuddin ialah Datuk Sheikh Hussain Yee sebagai Tokoh Maal Hijrah, Profesor Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd Radhi Othman menerima Anugerah Maal Hijrah dan Dato’ Mohiyadin Che’ Jan Anugerah Jaaizah Maal Hijrah. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button