Politik

Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion

SYARIKAT Iris Information Technology (Iris) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan menerima projek daripada kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

Persoalan kemungkinan wujud rundingan terus atau amalan kroni timbul apabila syarikat S5 itu didakwa mempunyai kaitan dengan menantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau adalah Datuk Muhamad Adlan Berhan, yang dikatakan mempunyai saham S5 melalui syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.

Oleh demikian, Muhyiddin didakwa menggunakan kuasa dalam Ordinan Darurat untuk membenarkan syarikat mempunyai kaitan dengan menantunya itu untuk menerima projek bagi Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mengintegrasi, Memigrasi Data dan Mentauliah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional untuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

“Amat menyedihkan, namun dikala rakyat menderita, saya hendak ucap tahniah kepada Iris sebuah syarikat Iris Information Technology adalah anak syarikat Iris, di mana syarikat S5 System Sdn Bhd yang mempunyai hubungan…tuan-tuan pun tahulah.

“Siapa punya, kalau tanya S5 ini, semua orang kenal, menantu Muhyiddin Yassin yang bernama Adlan Berhan, mempunyai kaitan dengan syarikat ini.

“Projeknya taklah sebanyak seperti mana peniaga-peniaga kecil perolehi, cuma RM1.16 bilion sahaja, tak banyak.

“Ini memang biasalah, untuk anak Perdana Menteri, menantu Perdana Menteri.. memang kira bahagian-bahagian mereka.. halal, tak ada yang haram, haram jadah sahaja.

“Inilah akibatnya kenapa mereka hendak sangat supaya darurat diisytiharkan kerana kita tak boleh langsung hendak pertikaikan apa projek hendak diberi kepada anak atau menantunya.

“Sebab daurat, perlembagaan itu kita letak dalam tong sampah.”

Demikian dakwaan dinyatakan Presiden Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu sidang video Facebook secara langsung mendedahkan perkara tersebut.

Malah sebelum ini, hal itu pun pernah dilaporkan oleh portal berita The Vibes.

Oleh itu, Lokman mendakwa pemberian projek itu sebagai salah satu alasan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menguatkuasakan Proklamasi Darurat.

Katanya, ketika dalam tempoh darurat, tidak ada sesiapa pun akan berani mendedahkan perkara terbabit kerana Perdana Menteri berkuasa penuh.

Lantaran itu, beliau juga memohon Majlis Raja-Raja Melayu untuk menyentuh perkara ini dan kedudukan Muhyiddin dalam sidang mesyuaratnya akan datang.

“Jadi saya harapkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang akan bersidang tidak lama lagi supaya mula memikirkan nasib rakyat jelata.

“Jangan macam sesetengah orang ini, menikmati kekayaan yang luar biasa dengan puluhan projek hasil daripada air mata rakyat.

“Saya mengharap, kita ada Raja-Raja Melayu ramai semoga baginda diberikan kekuatan untuk menghentikan daurat ini seberapa segera yang mungkin.

“Saya yakin, percayalah kita hendak harap dekat siapa lagi. Kita cuma boleh berharap kepada Allah SWT.

“Saya yakin, hari Jumaat, malam Jumaat, setiap hari kalau tuan-tuan berdoa semoga dibuka pintu hati Raja-Raja Melayu ini untuk segera membatal atau menamatkan darurat ini dan kembalikan demokrasi dalam negara ini.

“Hari esok masih ada, Insya Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa, lebih 40 projek diberikan kepada pihak tertentu secara rundingan terus sejak Mac 2020 lagi.

Bagaimanapun, Lokman menaruh keyakinan lama kelamaan rakyat akan mengetahui hal sebenar dan menasihatkan pemimpin supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. – SM

(Visited 20,054 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button