Uncategorized

Pemenang utama Bakat Muda Sezaman 2023 ke Gwangju Biennale – Balai Seni Negara

Balai Seni Negara dijangka akan menerbangkan pemenang anugerah utama Bakat Muda Sezaman 2023, Mohamad Zulkefli Mohd Jais ke Gwangju Biennale, Korea Selatan.

Gwanju Biennale adalah sebuah pameran seni antarabangsa kali ke-15 dan untuk tahun ini, mereka memperkenalkan tema Pansori – a soundscape of the 21st century.

Kejayaan Zulkefli bukan ibarat hero kampung menang bersorak sebaliknya turut menggalas nama dan maruah Teluk Intan, Perak; Balai Seni Negara serta negara Malaysia yang tercinta.

Selain Zulkefli, Bakat Muda Sezaman 2023 menyaksikan 68 penyertaan awal telah diterima dan 47 daripadanya berjaya mara ke peringkat penjurian.

Masa yang berlalu dan kegigihan para peserta melakar idea untuk mengkaryakan ‘Seni Di Lokasi’ (on site) sehingga ke garisan penjurian, 15 berjaya melangkah ke peringkat akhir dengan keputusan:

  • 5 pemenang pilihan pelawat – di lokasi membawa pulang RM1,000.00
  • 5 pemenang pilihan pelawat – dalam talian membawa pulang RM1,000.00
  • 4 pemenang anugerah juri membawa pulang RM15,000.00
  • 1 pemenang anugerah utama membawa pulang RM30,000.00

Baca Juga > Zulkefli Jais menang RM30K selepas angkat kisah sejarah Menara Condong

Balai Seni Negara berkata, tema Bakat Muda Sezaman 2023 dikekalkan daripada edisi terdahulu dengan fokus seniman muda harus mendekati alam semulajadi dan berinteraksi dengan masyarakat.

“Balai Seni Negara yang berperanan sebagai pusat seni utama di Malaysia sentiasa cakna dalam meraikan para seniman tempatan dengan memberi sokongan dan mengangkat hasil karya mereka.

“Pertandingan berprestij akan terus dianjurkan pada masa hadapan dengan harapan industri seni visual kontemporari negara sentiasa berkembang,” kata kenyataan itu.

Majlis Penganugerahan Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2023: Meraikan Kreativiti Seniman Muda Malaysia disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Shaik Rizal Sulaiman dan Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button