Politik

Menang Majoriti 7,114, Kehadiran Amira Aisya Bersama MUDA Kini Jadi Perhatian!

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuktikan orang muda pun mampu menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan menjadi Presidennya.

Malah baru-baru ini, Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz juga tampil membuat kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti 7,114.

Hal ini secara tidak langsung berjaya mengangkat Amira Aisya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi zon Puteri Wangsa bermula Mac 2022.

Kejayaan orang-orang muda dalam politik boleh dikaitkan dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa zaman muda beliau di kampus sehinggalah ke arena politik sebenar.

Namun demikian Anwar berdepan dengan masalah seteru lama politiknya dan sehingga kini, sukar menemui jalan menjadi Perdana Menteri bagi mentadbir Malaysia.


Maka adakah pemimpin daripada parti MUDA akan melalui proses yang sama? Warga Puteri Wangsa sedang menilai Amira Aisya pula selepas puas melihat Syed Saddiq.

(Visited 361 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button