Rencana

MENANG BERSORAK, NEGARA TERGADAI ?

 

Kenyataan Mat Hassan yang dilihat terpapar di pelbagai medium berita hanya menunjukkan bahawa pemimpin tersebut telah silap memilih teman dalam perjuangan politik beliau.

Beliau gagal melihat secara realistik akan skenario politik negara pada hari ini. PM-DSIS juga menjadi PM pada hari ini hanyalah kerana sokongan daripada MP PN dan bukannya kerana kekuatan UMNO yang hanya mempunyai beberapa kerusi.

Mengatakan secara terus bahawa “TIADA KERJASAMA DENGAN BERSATU UNTUK PRU-15″ benar-benar sebuah tindakan yang tergesa-gesa dan tidak berfikir panjang.

Tentunya yang BERSORAK RIANG terhadap kenyataan tidak matang beliau tersebut hanyalah PH dan sekutunya.Menang sorak negara tergadai lah bidalan yang paling menepati kenyataan tersebut.

Mat Hassan seharusnya peka bahawa PAS yang diikat dengan MN telah menyatakan pendirian mereka bahawa akan terus memperkemas MN dan memperkukuh PN dan nahtijahnya kenyataan Mat Hassan akan sekali lagi memporak-perandakan gagasan kesatuan melayu yang cuba di wujudkan.

BN tidak akan mampu menerajui negara ini kembali tanpa suatu pakatan dan kerjasama yang mapam daripada parti-parti sekutu yang lainnya.

Jika bukan PN, apakah BN akan condong kepada PH atau hanya kekal menjadi parti sombong yang tidak lagi menjadi pilihan rakyat negara ini terutamanya golongan muda yang melihat UMNO hanyalah parti yang di tunggangi oleh golongan kleopatrat.

Yang seharusnya di lakukan oleh pemimpin UMNO yang tidak dapat mempertahankan N9 tersebut, adalah menasihati Zahid Hamidi dan barisan mereka yang masih berdepan pertuduhan dan rayuan di makhamah untuk berundur kerana sesungguhnya ” Para Care Taker” tersebut hanyalah LIABILITI yang akan menenggelamkan UMNO.

Hal ini, bagai dejavu. Perkara yang sama turut pernah pernah berlaku sebelum UMNO tumbang kepada PH pada PRU-14.

Pada ketika itu, DSNR di nasihatkan untuk berundur seketika, kerana amarah dan jerit pekik rakyat yang memaparkan kebencian terhadap beliau sangat tinggi namun beliau memilih untuk terus mempertahankan pendirian beliau sehingga akhirnya UMNO terheret ke dalam kekalahan buat pertama kali sepanjang tempoh lebih kurang 60 tahun memerintah.

Hal ini benar-benar bagai sketsa yang berulang kembali pada masa kepresidenan Zahid Hamidi. Dan hanya mereka yang TIDAK BIJAK terjatuh ke dalam perangkap yang sama dua kali berturut-turut.

Sementara golongan UMNO yang tidak berjawatan dalam kerajaan hari ini sibuk bermain politik rendahan, para UMNO-rian yang di amanahkan jawatan dalam kerajaan seharusnya lebih aggresif mendekati dan menyantuni rakyat sekaligus menjadi tunjang promosi UMNO untuk kembali menjadi pilihan rakyat pada PRU akan datang.

Setakat hari ini, cuma TSAM dan KJ yang dilihat begitu terkehadapan dalam menjalankan tugas-tugas dalam profolio kementerian masing-masing, sementara mereka UMNO-rian yang lainnya masih dilihat lambat dan perlahan sedangkan KPI 100 hari yang diberikan sedang berjalan.

“UMNO IS BACK” hanya akan terlaksa bilamana pemimpin-pemimpin parti ini kembali sedar dan melihat semula skenario sebenar politik hari ini.

Bukan saatnya untuk bermimpi, tetapi ini saatnya untuk sedar memeluk realiti bahawa hanya “KESATUAN PARTI-PARTI MELAYU” lah pilihan yang ada pada ketika ini.

KEKUATAN ITU ADA PADA KESATUAN, PERPECAHAN ITU BALA DARIPADA TUHAN.

-RP-

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button