Politik

Siapa pun melompat, Pas tetap selamat – Abdul Hadi

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpandangan tindakan melompat parti politik boleh memperkemaskan organisasi terbabit.

Pas sendiri menjadi bertambah kuat selepas segelintir ahlinya melompat menjadi anggora parti lain.

“Adakalanya melompat-lompat boleh memperkemaskan tanah tempat berpijak, begitulah lompatan kepada PAS juga akan memperkemaskan lagi asas perjuangannya.

“Begitulah juga sekiranya dirompak dengan ahlinya dicantas, maka laksana pokok yang satu dahannya dipotong, kemudian akan banyak tunas baru yang tumbuh dan lebih subur.” katanya.

Menurutnya, mereka yang keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti lain memberikan banyak kelebihan kepada Pas untuk memperkukuhkan parti daripada anasir yang tidak mendatangkan manfaat.

“Pas mengalami kemerosotan apabila ahlinya keluar atau melompat sehingga mengeluarkan dirinya sendiri. Perkara itu berlaku di semua peringkat, bermula daripada ahli biasa sehinggalah melibatkan pemimpin utama dan tertinggi yang juga pernah melompat keluar parti.

“Ini menunjukkan mereka yang tidak mempunyai manfaat kepada PAS akan dikeluarkan daripada Pas, lalu akan menyembuhkan penyakit yang terdapat dalam jemaah Pas,” katanya.

Justeru menurut Abdul Hadi, Pas akan terus terselamat biar ada ahli politik yang melompat dari satu parti ke satu parti yang lain

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan Pas tidak tenggelam selepas ada parti yang memakai nama Islam telah dipergunakan oleh musuh Pas untuk melawan Pas.

Justeru beliau meminta,agar Pas tidak dihukum apabila ada golongan yang melompat keluar meninggalkan Pas atau menyertai Pas.

“Hukumlah diri sendiri, Pas hanya mengambil manfaat daripada politik lompat melompat. Hanya mereka yang melompat dengan niat yang tidak ikhlas bersama Pas sahaja akan patah kakinya. Namun, ahli Pas yang setia tetap tidak akan patah semangat,” kata Abdul Hadi.

Beliau berkata, Pas akan terus menerima pendatang baharu dan menambahkan jumlah ahli yang akan terus mengalami proses tarbiah.

Menurutnya mereka yang berjati diri dan berjiwa kental bersama aqidah Islam sahaja yang akan terus beristiqamah melangsungkan perjuangan bersama Pas.

“Mereka yang rapuh akan melompat keluar parti, namun Pas terus menerima pendatang baharu dan menambahkan jumlah ahli yang akan terus mengalami proses tarbiah.

“Pas membuka pintu dan menerima semua yang datang kepadanya. Pintunya sentiasa dibuka kepada sesiapa yang mahu masuk dan mahu keluar, sama ada secara berjalan atau berlari, termasuk yang melompat,” menurut Hadi.

Katanya, mereka yang melompat keluar parti kerana gagal mempunyai integriti manakala pendatang baharu pula dapat menyesuaikan diri bersama Pas.

Menurut beliau, mereka yang gagal dalam proses tarbiah selepas menyertai Pas perlu dibiar melompat keluar sehingga patah kaki.-SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button