Nasional

Permaisuri Agong masak untuk mangsa banjir

MANGSA-MANGSA banjir di pusat penempatan sementara (PSS) di dewan orang ramai Sri Damai, Kuantan bertuah apabila Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah telah mencemar duli memasak juadah untuk mereka.

Malah, itu juga seperti sudah menjadi rutin kepada baginda terutama pada musim banjir yang mana itu merupakan satu cara untuk baginda meredakan bebanan yang ditanggung mangsa banjir.

Ketika bergelar Tuanku Puan Pahang, baginda tidak pernah ketinggalan turun membantu penduduk setiap kali berlaku banjir di Pahang termasuk menyediakan juadah untuk rakyat yang ditimpa musibah itu.’

Di PSS Sri Damai hari ini, baginda menyediakan pelbagai juadah termasuk ayam masak halia, sardin, telur masin dan kobis masak lemak untuk 128 mangsa banjir di situ.

Malah baginda turut dibantu 15 orang penuntut diploma kulinari Kolej Universiti Yayasan Pahang (KUYP).

 

(Visited 694 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button