Nasional

PKPD di Selangor ditamatkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor ditamatkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)  telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa di semua mukim tersebut dan telah bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di 34 mukim berkenaan.

Mukim-mukim berkenaan dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 3 Julai lalu dan dijadualkan tamat hari in.

Sementara itu sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan telah dikenakan tindakan semalam dan 65 hari ini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 84,976 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,133 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,309 buah kilang, 14,237 premis perniagaan, 833 tapak pembinaan dan 322 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 65 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu 416 individu telah ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 404 individu dikompaun manakala 12 lagi direman.-SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button