BanjirBencana alamNasional

Banjir di Lembah Klang diharap bukan banjir monsun

JAWANTKUASA Khas Bencana, jabatan berkaitan dan wakil negeri harus memulakan peranan masing-masing terutamanya di peringkat negeri dan daerah dalam keadaan banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kejadian hujan tanpa henti semalam yang mengakibatkan banjir sehingga 800 mangsa daripada 200 keluarga yang terjejas di sekitar Lembah Klang sehingga terpaksa di pindahkan ke tujuh pusat penempatan sementara, diharapkan sebagai banjir kilat.

“Saya berharap banjir yang berlaku semalam bukanlah banjir monsun dan ia surut dalam waktu terdekat,” katanya.

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata demikian ketika ditemui di Program Kenduri Kampung Bersama Penduduk Mengkuang, Bera, Pahang, petang ini.

Pada program tersebut, Ismail Sabri sempat meraikan pasangan mempelai, Aishah dan Fahmi yang melangsungkan majlis persandingan mereka pada hari ini.

Mengulas lanjut tentang banjir semalam yang turut menjejaskan beberapa tempat di Sepang, Dengkil, Petaling dan Hulu Langat, Selangor, Ismail Sabri yang juga calon Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini berkata, beliau bagaimanapun berharap semua pihak yang diberi tanggungjawab mengambil tindakan segera terutamanya bagi pihak kerajaan negeri.

Ini kerana, jelas Ismail Sabri, ada juga jawatankuasa khas pengurusan bencana di peringkat negeri.

“Dan di peringkat daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Jadi, ground zero itulah yang lebih penting.

“Jawatankuasa di bawah, yang dipengerusikan dan diuruskan oleh Pegawai Daerah, itulah yang penting.

“Saya berharap mereka semua boleh bergerak,” katanya.

Perdana Menteri turut berkata, persiapan menghadapi banjir monsun telahpun dibuat mesyuarat pada minggu lepas. – SM

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button