BeritaPendidikan

Projek buku M@JOR UPSI fokus bantu komuniti

Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  dengan kerjasama Yayasan Pelajar Johor (YPJ) mengadakan program Projek Buku M@JOR sebagai satu projek yang memberi manfaat kepada komuniti menerusi sumbangan buku kepada golongan yang memerlukan sebagai bantuan pendidikan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin menyifatkan projek yang mendapat sokongan pemimpin masyarakat tempatan itu bersama M@JOR sebagai usaha proaktif dalam melaksanakan projek yang memberi impak terhadap aspek pendidikan komuniti sekitar Batu Pahat.

“Projek ini ternyata membantu komuniti melalui aktiviti pengumpulan sumbangan bahan bacaan yang terpakai dari masyarakat untuk disampaikan kepada sekolah-sekolah berkeperluan, rumah anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.,” katanya.

Norkhalid berbangga dengan komitmen M@JOR dalam menyemai budaya membaca menerusi kaedah mengumpul buku-buku terpakai untuk diserahkan kepada pihak komuniti setempat.

Program yang berlangsung di SPD Vintage Café, Batu Pahat , Johor dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini memberi peluang kepada penduduk setempat menyumbangkan buku milik mereka untuk diberikan kepada anak-anak yatim serta pelajar anak-anak orang Asli di beberapa daerah di Johor.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril berkata seramai 30 mahasiswa UPSI bersama 20 orang awam menjadi perantara dalam menyalurkan bantuan pendidikan berupa buku itu.

“Menerusi program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang berjiwa besar dan kompeten dalam membantu  masyarakat dari aspek pendidikan,” katanya.

Pengarah Program, Nur Azizah Sahadi mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Pelajaran Johor yang memberi kepercayaan kepada M@JOR melaksanakan program yang bermanfaat kepada komuniti ini, “ katanya.

Katanya, kejayaan dalam melaksanakan program Projek Buku  M@JOR bergantung kuat kepada keikhlasan dan komitmen padu peserta menjayakannya.

 Sempena majlis Nazia Suhaimi dilantik sebagai Duta Buku M@JOR dan majlis diserikan pembacaan sajak oleh Pemenang Anugerah Ikon Siswa Johor (Kebudayaan) 2021, Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi.

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button