Hiburan

Melly Goeslaw kembali dengan dengan konsert tema Prom Nite

PENYANYI dan Komposer terkenal dari Indonesia sekali lagi kembali mengadakan konsert dengan tema Prom Nite. Dengan kenangan manis dari dua siri konsert sebelumnya, Ada Apa Dengan Melly…? Back To School dan Malam Graduasi, Melly Goeslaw kini membawa pesta muzik yang paling epik dan penuh glamor melalui Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite.
Konsert yang dinantikan ini akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena, bermula jam 8.30 malam, menandakan kemuncak perjalanan tiga fasa yang dirancang oleh penganjur, Icon Entertainment.
Penutup Perjalanan Konsert
Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah malam nostalgia yang dirancang untuk membawa peminat Melly kembali ke memori dua konsert sebelumnya.
“Alhamdulillah, akhirnya impian kami untuk menyempurnakan tiga siri konsert ini menjadi kenyataan. Malam ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah pertemuan istimewa untuk peminat Melly yang telah bersama sejak siri Back To School dan Malam Graduasi.
“Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah malam pesta paling tuntas dan wajib dihadiri oleh semua. Ini bukan malam terakhir, tetapi ia akan menjadi malam pertama yang membawa kita semua menggamit memori manis bersama karya-karya Melly,” ujar Iman Tang.
Beliau turut menyatakan bahawa tema Dress to Kill dipilih untuk mencerminkan suasana glamor malam tersebut. Para hadirin digalakkan menggayakan busana terbaik mereka untuk menyemarakkan malam prom ini.
Momen Epik yang Tidak Akan Dilupakan
Bagi Melly Goeslaw, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah hadiah istimewa buat peminatnya di Malaysia.
“Tidak ada janji manis lain yang boleh saya berikan kecuali menyeru semua untuk hadir dan menikmati malam yang paling tidak terlupakan untuk kita semua,” ujar Melly.
Harga Tiket dan Kategori
Berikut adalah kategori dan harga tiket bagi Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite:
•Prom Kayangan: RM 558
•Pesona Malam: RM 428
•Malam Dipagari Bintang: RM 328
•Gala Glamor (Standing): RM 258
•Magis Cahaya Bulan: RM 228
Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my.
Informasi Konsert
Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
Artis: Melly Goeslaw
Tarikh: 31 Mei 2025
Lokasi: Axiata Arena
Masa: 8.30 malam
Penganjur: Icon Entertainment
Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my
Ini adalah malam yang penuh magis untuk peminat Melly Goeslaw. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dan kenangan indah Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite. Tandakan tarikh ini — 31 Mei 2025!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button