BeritaPolitik

Melepaslah Anwar, tiada jaminan ganti Mahathir

DOHA: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mahathir Mohamad memberitahu peserta forum di sini bahawa beliau akan terus menyandang jawatan perdana menteri walaupun selepas 2020 dan tidak memberi jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikan beliau.

Arab New (https://www.arabnews.com/node/1598721/world) melaporkan ketika ditanya pada Forum Doha di Qatar jika dia akan turun pada tahun 2020, Mahathir berkata beliau mahu menyelesaikan masalah yang dicipta oleh kerajaan terdahulu sebelum meletak jawatan.

Beliau juga berkata tidak dapat menjamin siapa yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Mahathir menjanjikan pada 10 Disember untuk menyerahkan kuasa kepada  Anwar Ibrahim, walaupun telah dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki.

Mahathir sebelum ini berkata beliau boleh menyerahkan kuasa selepas sidang kemuncak negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)  pada November tahun hadapan, di mana Malaysia menjadi tuan rumah.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button