Nasional

Melayu tiada masalah dengan tanglung, hanya reaksi balas terhadap Dong Zong

ISU hiasan Tahun Baharu Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 berlaku akibat reaksi balas terhadap bantahan dan penolakan Jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk diajar di sekolah jenis kebangsaan.

Pendakwah Islam berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung berkata, penolakan itu bukanlah disebabkan orang Melayu tidak suka atau benci terhadap perhiasan Tahun Baharu Cina.

Jelas Firdaus, keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat ahli politik yang muncul beramai-ramai memasang tanglung di sekolah berkenaan tetapi tidak menunjukkan solidariti yang sama dalam isu tulisan Jawi.

“Sekian lama Melayu tiada masalah terima perhiasan Tahun Baharu Cina. Apa yang terjadi sekarang adalah reaksi kepada bantahan dan penolakan Jawi dari Dong Jiao Zong dan politikus Cina serta isu Islam yang lain bukannya perhiasan Tahun Baru Cina. Jangan salah faham.

“Diburukkan lagi dengan politikus Melayu yang sanggup turun memasang semula tanglung tetapi isu Jawi dan kepentingan Islam, solidariti yang sama tidak ditunjukkan,” kata Firdaus.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi  melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu kononnya menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hiasan ‘keterlaluan’ sempena Tahun Baharu Cina diturunkan.

Turut hadir adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Juga hadir, Menteri Air ,Tanah dan Sumber Asli, Datuk Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Cing. Kesemua mereka mengambil giliran menandatangani tanglung yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han yang turut hadir.

Solidariti yang sama oleh menteri dan pemimpin kerajaan dalam tidak kelihatan dalam isu Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang mahu pengajaran Jawi hanya boleh dilakukan di sekolah jenis kebangsaan sekiranya diterima oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit.

Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima aduan ibu bapa berkaitan perhiasan sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah tersebut yang dikatakan keterlaluan.

Mohd. Khairul yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Putra telah menulis surat kepada pengetua sekolah tersebut, Rohani Mohd. Nor mengenai aduan daripada  ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan berlebihan itu. -SM

 

.

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button