Nasional

Malaysia dan Singapura mampu meneroka bidang keterjaminan makanan

Malaysia dan Singapura mampu meneroka bidang keterjaminan makanan sebagai bentuk kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara penting yang berkait dengan Malaysia turut dibincangkan.

“Kunjungan ini ternyata berjaya dimanfaatkan menerusi perbincangan berberapa perkara antaranya isu bekalan air, kesesakan di pintu sempadan, dan Batu Puteh.

“Saya yakin agenda yang dibincangkan hari ini akan terus diperhalusi oleh agensi dan kementerian yang berkaitan kedua-dua negara,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam media sosialnya selepas mengakhiri lawatan rasmi beliau bersama delegasi Malaysia di Singapura, petang semalam.

Menerusi perkongsian yang serupa, Anwar turut berharap agar hubungan kedua-dua negara terus segar merentas pelbagai lapangan selepas ini.

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button