Merrepak

Melayu Moden Jijik Dengan Falsafah Bangsa, Anggap Tradisi Melayu Ketinggalan!

Berbaki beberapa hari lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut perayaan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan.

Aidilfitri dianggap sebagai hari kemenangan umat Islam dan pada hari itu semua bangsa di seluruh dunia akan meraikan dengan cara masing-masing.

Berbeza senarionya di Malaysia, meskipun generasi hari ini sibuk membeli baju Elrah, Bulan Bintang dan sebagainya, jati diri Melayu mereka telah pupus.

Hal ini berpunca daripada didikan ibu bapa di rumah serta sistem pendidikan nasional yang cukup menekan aspek lulus peperiksaan sahaja.

Sehingga hari ini, tiada kokurikulum di sekolah menekankan penting seseorang anak bangsa itu mengenal siapa Melayu mewakili diri mereka.

Sebaliknya, ia sering dijadikan modal politik bahawa menjulang isu Melayu dalam sistem nasional sebagai rasis dan menggugat keharmonian.

Apabila perkara ini terjadi, ia memberi mesej jelas bahawa ahli politik yang terlibat mahu orang-orang Melayu hilang jati diri dan keadaan ini sudah berjaya.

Buktinya apabila perkara-perkara berkait dengan kebanggaan, warisan serta falsafah bangsa ditegaskan, generasi muda hari ini menolaknya.

Sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia di bawah artikel 160 (2), jelas menyatakan orang melayu ditakrifkan sebagai ‘Orang Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan –

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian

Atau dengan lebih mudah, seseorang melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :

  1. Menganuti agama Islam,
  2. Lazim bercakap bahasa Melayu,
  3. Menurut adat Melayu,
  4. Zuriat atau keturunan

Bagi mereka, cukuplah jadi manusia yang tiada jati diri dan tiada sebarang pegangan asalkan boleh bernafas dan hujung bulan ada duit bagi yang bekerja.

Impak daripada permasalahan ini tidak perlu tunggu 20 atau 30 tahun, Melayu akan merempat di bumi sendiri kerana Malaysia akan dipimpin generasi yang tidak kenal budaya sendiri.

Mereka mengagungkan China, Jepun dan Korea yang serius memartabatkan budaya, warisan dan falsafah mereka sedang anak-anak muda di sini bersikap ‘pergi mampuslah kau Melayu’.

Jangan risau.. dalam tempoh lima atau sepuluh tahun pun belum tentu perkara ini akan dipandang serius oleh kementerian yang terbabit atau ahli politik yang bijak mengatur dasar.

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button