Hiburan

Melampau, Shaheizy Sam diminta buang gambar bersama isteri

RASANYA dalam sejarah akaun Instagram milik selebriti tempatan, inilah kali pertama netizen meminta seorang suami untuk membuang gambar isterinya.

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Shaheizy Sam yang diminta untuk membuang sekeping gambar bersama isterinya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, pasangan itu sedang dalam proses pengambaran video untuk saluran YouTube mereka.

Tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan Shaheizy ketika memuat naik gambar bersama isterinya. Ada motif tertentu atau sekadar melawak.

Tetapi gambar tersebut nampaknya telah mengundang pelbagai persepsi di ruangan komen hinggakan ada yang meminta Shaheizy menurunkan gambar tersebut.

Netizen berpendapat gaya isteri Shaheizy, Syatilla Melvin di dalam gambar tersebut disifatkan agak keterlaluan dan boleh mengundang fitnah.

Ada yang berpendapat pelakon filem Polis Evo itu sebagai seorang suami perlu menjaga maruah isterinya dengan menurunkan gambar tersebut.

Walaupun sudah dua hari gambar tersebut dimuat naik, sehingga kini Shaheizy masih lagi tidak menurunkan atau meninggalkan sebarang komen balas terhadap netizen. -SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button