Negeri

Melaka lega sambutan Tahun Baru Cina diberi kelonggaran

ALOR GAJAH 19 Jan. – Kerajaan negeri lega dengan keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat Tionghua membenarkan majlis makan besar dan aktiviti ziarah sempena sambutan Tahun Baru Cina hujung bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, keputusan tersebut disambut baik terutama majlis makan besar dibenarkan bersama ahli keluarga dan saudara-mara tidak seperti tahun lalu dihadkan hanya 15 ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer radius.

Menurutnya, bagi aktiviti ziarah dengan jumlah yang kecil pada sambutan tahun lalu tetapi kini dibenarkan kepada tetamu yang dijemput mengikut kapasiti 50 peratus ruang.

Beliau berkata, kerajaan akur dengan keputusan tidak membenarkan majlis terbuka diadakan berikutan peningkatan kes Covid-19 varian Omicron.

“Keputusan kerajaan memberi kelonggaran sempana Tahun Baru Cina hujung bulan ini adalah wajar memandangkan majlis makan besar merupakan tradisi kaum berkenaan sejak turun temurun.

“Sekali pun tidak ada rumah terbuka, kelonggaran majlis makan besar dan aktiviti ziarah sudah memadai buat masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina nanti,” ujarnya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampai sumbangan Tahun Baru Cina kepada lelaki paling tua di daerah ini iaitu Soh Tee Tong yang berusia 107 tahun di Jalan Kolam Air, Alor Gajah.

Tee Tong yang lahir pada 1916 adalah bapa kepada lagenda dan bekas ketua pasukan kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun.

Mengulas lanjut Sulaiman turut menasihatkan masyarakat Tionghua di negeri untuk menjaga kesihatan dan penjarakan sosial serta mematuhi SOP yang ditetapkan sempena sambutan hari kebesaran kaum itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, penduduk di negeri ini telah menerima sebanyak 95 peratus yang telah lengkap dua dos manakala 35 peratus pula menerima dos ketiga setakat kelmarin.

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button