Nasional

Melaka Grand Ramadan Bazaar tawar Saga 1.3 Auto Premium bernilai RM30

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 10 April – Cabutan bertuah sebuah kereta Proton Saga 1.3 Auto Premium dan sebuah motosikal serta
pelbagai hadiah lain seperti barangan elektrik bernilai keseluruhan RM80,000 menanti pengunjung bertuah di
Melaka Grand Ramadan Bazaar (Melgrab) Jalan Hang Tuah.

Penganjurnya, Muhammad Fikri Mohd. Ali berkata, untuk memenangi kesemua hadiah yang ditawarkan itu
pengunjung di bazar tersebut hanya perlu berbelanja sebanyak RM30 bagi membolehkan mereka layak menerima
satu kupon cabutan bertuah.

Menurutnya, tawaran pelbagai barangan termasuk Saga 1.3 Auto Premium ditaja oleh kedai minuman Hang Boba
itu adalah sebahagian usaha untuk menghidupkan dan memeriahkan kembali Grand Ramadan Bazaar selepas dua
tahun sepi berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Ini adalah antara tarikan utama Grand Ramadan Bazaar di Jalan Hang Tuah khusus untuk pengunjung yang
datang ke sini serta boleh bawa pulang kereta Saga 1.3 atau motosikal yang ditawarkan


“Selain itu, kita turut tampilkan ramai artis terkenal tanah air seperti Datuk Awie, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriter dan artis-artis daripada program Akademi Fantasia (AF).

“Saya yakin Melgrab ini akan kembali jadi tarikan pengunjung dengan pelbagai usaha kita lakukan untuk menarik minat orang ramai membeli-belah di sini dengan sasaran 1 juta pengunjung ke sini,” ujarnya dalam sidang
akhbar malam tadi.

Majlis perasmian telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Lebih menarik bazar tersebut mendapat kunjungan tetamu istimewa iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Bossku’

Muhammad Fikri berkata, satu lagi kelainan yang perlu dirasai pengunjung apabila Melgrab ditampilkan dengan konsep ‘Light The City’. Konsep pencahyaan mengindahkan lagi suasana menarik dengan kos sebanyak RM100,000 dibelanjakan.

Sebanyak 128 khemah untuk peniaga telah dipenuhi dengan pelbagai barangan dijual antaranya seperti
aksesori wanita, pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, baju Melayu, baju kurung, biskut raya dan sebagainya.

Pelbagai program diadakan setiap hari di pentas utama bazar berkenaan dikendalikan bekas deejay Melaka FM,
Amy Lokos turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Weekend Band. Turut diadakan ialah Qasidah,
busking, pertunjukkan bunga api, clown dan sebagainya.

(Visited 164 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button