Nasionalpilihan

Melaka darurat atau tidak diketahui minggu hadapan

KEPUTUSAN sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan di Melaka atau tidak hanya akan diketahui minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk mengisytiharkan darurat itu terletak pada Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

“Baginda akan mendengar taklimat terlebih dahulu daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN tersebut.

“Selepas itu barulah keputusan terbaharu berkenaan PRN diteruskan atau diisytihar darurat di Melaka akan dimaklumkan,” katanya.

Pada Selasa lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dilaporkan menasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa kelmarin, susulan kemelut politik yang tercetus di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan akibat tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Mengikut Perlembagaan, PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. -SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button