NasionalParlimen

PM sokong peruntukan sama rata semua Ahli Parlimen tetapi…

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau menyokong pemberian peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, terlebih dahulu, perlu dibuat rundingan dengan blok pembangkang.

Anwar juga mencadangkan, ketua whip kerajaan dan menteri berkaitan bertanggungjawab dalam rundingan dengan pembangkang mengenai perkara tersebut.

“Secara prinsipnya, saya tidak membantah untuk memberikan Ahli Parlimen pembangkang peruntukan yang sama dengan yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan. Itu pendirian saya sejak sebelum ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, proses rundingan belum berlaku.

“Yang ada proses ‘permusuhan’. Kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” katanya. – SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button