Ekonomi

Melacca Securities sasar saham Colform naik 38.9% kepada 0.50 selepas senarai

Malacca Securities Sdn Bhd meletakkan sasaran saham Colform Group Berhad (Colform) yang akan disenaraikan di pasaran ACE akan meningkat sebanyak 38.9 peratus selepas ia disenarikan,’

Syarikat pembrokeran itu telah memberikan Nilai Saksama RM0.50 iaitu pendahuluan sebanyak 38.9% daripada harga IPO pada RM0.36.

Colform ialah pakar keluli dan bahan binaan yang terkenal dengan pengalaman lebih 20 tahun yang mengkhusus dalam pembuatan, pemprosesan dan perdagangan produk keluli.

Colform juga menyediakan perkhidmatan pembekalan dan pemasangan termasuk sistem rangka keluli IBS serta projek perkhidmatan pengurusan untuk projek pembinaan.

Colform melayani pelanggan dalam industri pembinaan di Malaysia Timur. Dengan rangkaian tawaran yang luas, termasuk kepingan bumbung, sistem rangka keluli IBS, pagar dan banyak lagi, Colform menyediakan penyelesaian komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan industri pembinaan.

Komited terhadap kualiti, inovasi dan pertumbuhan yang mampan, Colform mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam menyampaikan penyelesaian keluli yang teguh dan boleh dipercayai merentas projek kerajaan, komersial dan swasta. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button