Bola SepakSukan

19 pasukan lahir hasrat sertai Liga M3 2021

LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) mengesahkan 19 pasukan Liga M3 yang bertanding pada musim 2020 telah menyatakan hasrat untuk meneruskan penyertaan dalam pertandingan Liga M3 bagi musim 2021 yang dijadualkan bermula Mac tahun depan.

Menurut kenyataan AFL, antara 19 pasukan Liga M3 2020 yang menyatakan hasrat untuk bertanding adalah Armed Forces FC, Manjung City FC, Langkawi City FC dan NLFC-Mahsa.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Liga M3 dan Liga M4 akan distruktur semula di mana ia akan melibatkan pindaan format dan sistem pertandingan secara menyeluruh di semua peringkat.

Jelas beliau, format terbaharu Liga M3 akan membenarkan sebanyak 24 pasukan bagi menyertai musim 2021 itu nanti.

“Untuk itu slot tambahan juga akan dibuka kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Negeri (PBN).

“Pengesahan pasukan yang akan bertanding di dalam Liga M3 2021 hanya dibuat setelah kesemua dokumentasi disaring sepenuhnya.

“Proses saringan ini perlu bagi mengenal pasti pasukan-pasukan terbaik dan kompetitif sekali gus menjadi langkah persediaan bagi menyiapkan mereka (pasukan) ke arah semi-pro,” katanya.

Sebagai langkah untuk memastikan penyertaan bagi musim 2021 terdiri daripada pasukan yang berkualiti terutamanya dari segi pengurusan, setiap pasukan termasuk dalam kalangan yang terlibat dalam saingan musim 2020 akan melalui proses saringan sebelum penyertaan mereka diterima AFL.

Antara kriteria di dalam Garis Panduan Kelayakan Pasukan Liga yang perlu dipenuhi oleh pasukan baharu itu adalah pemilikan pasukan dan butiran lengkap kewangan. – SM

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button