Mahkamah

Mekanik didenda RM5,000 miliki 219 keping DVD

Wartawan Suara Merdeka

Melaka 19 Mei – Padah memiliki 219 keping cakera video digital (DVD) pelbagai tajuk tanpa Perakuan B, 11
tahun lalu seorang mekanik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, di sini semalam.

Tertuduh, Muhammad Mushah Khan Mughafar Khan, 30, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada
bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Mazana Sinin dalam penghakimannya, memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal
membayar denda berkenaan.

Beliau juga memerintahkan wang tunai RM200 hasil jualan DVD dirampas serta dilucuthakkan kepada kerajaan
selain semua DVD itu diserahkan kepada pendakwaan untuk dimusnahkan.

Mengikut pertuduhan Muhammad Mushah Khan didapati memiliki 219 DVD pelbagai tajuk tanpa Perakuan B, di No
4, Jalan Seri Emas 2, Taman Seri Telok Emas, di sini, pada 17 November 2011, kira-kira jam 10.30 malam.

Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) dan boleh dihukum
mengikut akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzudin
Ab Malek, merayu hukuman ringan kerana bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan tidak menentu, kira-kira
RM1,000 sebulan dan perlu menanggung isteri serta anak kecil.

“Kes ini juga adalah kes lama dan saya percaya tertuduh kini tidak lagi menjual VCD. Pohon hukuman denda
ringan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon hukuman denda sewajarnya dikenakan kepada
tertuduh sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button