Politik

Hishammudin Hussein digantung keahlian parti UMNO enam tahun

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sah digantung selama enam tahun daripada menjadi ahli UMNO. Penggantungan Hishammuddin itu disusuli dengan desakan untuk dinyatakan sebab musababnya.

Hishammuddin mendedahkan di Facebook, beliau tidak diberi sebab dan alasan mengapa UMNO mengggantung keahliannya selama enam tahun.

Bekas naib Presiden UMNO memaklumkan perkara itu selepas menerima surat penggantungan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.

“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya di Facebook.

Surat itu turut dimuat naik di Facebooknya.

Surat bertarikh 30 Jan dihantar Ahmad itu hanya menyatakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan penggantungan keahlian UMNO, Hishammuddin selama enam tahun bermula 27 Januari lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa YB (Hishammuddin) digantung hak-hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” kata Ahmad menerusi surat rasmi kepada Hishammuddin.

Sebelum ini UMNO memaklumkan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan parti kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, keahlian Hishammuddin, bekas Ketua Penerangan Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan pemimpin UMNO Tebrau, Johor, Datuk Seri Maulizan Bujang digantung selama enam tahun. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button