BanjirNasional

Media Sosial Bakal Ditutup Kerana Penyakit Hati Dalam Kalangan Netizen Semakin Kritikal?

Media sosial berpotensi untuk ditutup sekiranya penyakit hati dalam kalangan netizen semakin kritikal?

Itulah antara persoalan yang sering diperdebatkan kini apabila wujudnya ‘orang bekerja vs netizen tanpa dosa’.

Mengambil contoh banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, netizen asyik mempersoalkan mana orang itu, mana orang ini.

Sedangkan dia sedang ralit komen-mengomen dari kerusi pejabat, atas kerusi, tengah baring dalam bilik atau sambil lepak kedai mamak.

Bukannya dia turun kawasan banjir yang terjejas, tengok apa yang berlaku atau lawat sendiri media sosial beberapa pemimpin tempatan, tengok mereka buat kerja atau tidak.

Sebaliknya para netizen tanpa dosa ini lebih memilih untuk menulis dengan pendekatan ‘rasa’ atau ‘agak-agak’ tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Baik di Twitter, Facebook, TikTok atau lain-lain media sosial, golongan netizen tanpa dosa ini bertebaran di mana-mana dan ia sangat menjijikkan.

Kalau difikirkan logik, kawasan terjejas itu sudahlah tiada bekalan elektrik, internet pun tiada (kecuali data internet telefon) namun ada pihak membudayakan rakam dahulu, kongsi kemudian.

Maka bolehlah kita melihat bagaimana situasi sebenar di lokasi yang terjejas tanpa perlu basahkan kaki atau pinggang agar rasa empati itu timbul.

Namun malangnya, bukan empati yang timbul sebaliknya rasa nak komen sesedap rasa sahaja yang ada.

Seronoklah tu dapat ikut bisikan setan tanpa gagal? Komenlah lagi, besarkan lagi sikap prejudismu itu, sayang!

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button