Nasional

Mahkamah tetapkan tarikh baharu kes perbicaraan Ahmad Zahid

KES perbicaraan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tertangguh ekoran wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka akan bersambung pda 19 Mei ini.

Prosiding perbicaraan Ahmad Zahid sepatutnya bersambung pada 13 April lalu tetapi terpaksa ditunda oleh mahkamah ke satu tarikh yang tidak dapat ditetapkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri  itu  yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu wartawan BERNAMA menerusi mesej WhatsApp, mahkamah memberi tarikh 19 Mei untuk pengurusan kes  dam menetapkan tarikh perbicaraan baharu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd. Saad ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan berkata, pengurusan kes akan bermula pukul 9.00 pagi.

Perbicaraan kes Ahmad Zahid pada mulanya dijadual diteruskan pada 13 April bulan lepas tetapi ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sehingga kini, pihak pendakwaraya telah memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Zahid, 67, berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. – BERNAMA

 

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button