Politik

“Papanon terdesak hingga Institusi Raja-Raja Melayu diheret ke dalam kancah Politik,” – Sir Azri

Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyifatkan ‘Papanon’ terdesak sehingga Institusi Raja-Raja Melayu turut diheret sama dalam kancah politik.

Bagi Wan Muhammad Azri yang juga dikenali sebagai Papagomo, dia mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak menghina Sultan Selangor.

Sanusi Hero Malaya tak hina Sultan Selangor tetapi Menteri Besar Selangor Amiruddin lah yang Mengheret Sultan Selangor dalam isu ini.

Melalui ucapan pentas politik si Amiruddin lah melemparkan fitnah Sanusi menghina Sultan Selangor dihadapan penyokong PHUMDAP.

Inilah kisah nya dan akibat dari itu Sultan Selangor telah diheret ke kancah politik menjelang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung 12 Ogos nanti.

Pakatan Harapan begitu terdesak untuk meraih undi anak Selangor maka dengan menggunakan isu ini mereka berharap dapat meraih sokongan undi pada hari mengundi kelak.

Hari ini kita dapat lihat bukan sahaja anak Kedah yang bersolidariti ke atas Sanusi malah seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bersolidariti bersama Sanusi.

Apatah lagi anak anak Selangor yang hari ini kita dapat lihat mereka bersama Sanusi dan menolak Amiruddin Menteri Besar Selangor itu sendiri.

Maka jelaslah yang mengheret institusi Raja Raja Melayu adalah pihak kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri akibat terdesak mahu mematikan watak Sanusi Hero Malaya demi meraih undi Rakyat Malaysia.

Rakyat wajib menolak Politik jijik Pakatan Harapan UMDAP. Kita pastikan Tsunami Rakyat membadai PHUMDAP di 6 negeri nanti. InsyaAllah.

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button