Ekonomi

MDEC perlu luluskan geran digital PKS RM40 juta tahun ini juga

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta agar menyegerakan proses meluluskan Inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan berjumlah RM40 juta kepada PKS di bawah inisiatif tersebut perlu diluluskan tahun ini.

Annuar juga mahu permohonan geran pendigitan kepada PKS dibuat tidak lebih dari dua bulan.

“Saya meminta MDEC menyegerakan proses meluluskan geran dan bantuan kepada PKS digital.

“Lebih RM40 juta yang diperuntukkan mesti diluluskan dalam tahun ini juga.

“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” arah Annuar dalam ciapan di Twitter hari ini.

Inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah inisiatif geran untuk membantu PKS untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 akan disediakan bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) diperkenalkan dalam Bajet 2021.

Geran padanan ini terhad untuk satu permohonan sahaja bagi setiap PKS. PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC.-SM

 

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button