Hiburan

Nafi culik anak angkat, sebaliknya Mizz Nina sudah tahu ?

PENYANYI kumpulan Hujan, Noh Salleh menafikan culik anak angkatnya, Musa pada 19 Disember lalu seperti yang didakwa oleh bekas isterinya, Mizz Nina. Sebaliknya ia sudah diketahui oleh Mizz Nina sendiri.

‘’Saya dah dapat surat penyerahan daripada ibu kandung Musa dan Nina tak boleh mendakwa saya menculik Musa. Saya tak culik Musa, kalau saya culik pasti saya akan sorokkan dia.

“Saya pergi Sabah sebab ada persembahan dan saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya mencari Nina dan ajak dia berbincang untuk menjaga Musa bersama-sama,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh, hari ini.

Menurut laporan Kosmo, penyanyi berusia 39 tahun itu sudah berulang kali memberitahu kepada Mizz Nina mahu hak penjagaan Musa dibahagi sama rata.

Ibu Kandung Musa dakwa dimanipulasi oleh Noh Hujan

Noh diwakili oleh leh dua orang peguam iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses Sulh penjagaan anak angkat.

Namun, peguam mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman memaklumkan prosiding Sulh tidak akan berlangsung atas sebab penarikan semula kes penjagaan penuh Musa dan Inter-parte bagi penjagaan sementara daripada Nina.

Bagaimanapun Mizz Nina juga tidak menghadiri prosiding hari ini namun dia diwakili oleh suaminya iaitu Essam Muhammad.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh telah mengambil Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya pada 19 Disember lalu sewaktu dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Menurut Mizz Nina, tindakan Noh itu disifatkan sebagai pengkhianatan dan telah memberi kesan emosi kepadanya kerana Musa tidak pernah berjauhan dengannya selama ini.

Namun begitu, menurut Noh pula tindakannya itu langsung tiada unsur penculikan seperti yang didakwa kerana dia telah mendapat kebenaran daripada ibu kandung Musa.

Noh kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntuk oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Menerusi hantaran di Instagram, Noh juga telah memenuhi beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial.

Artikle Berkaitan :>

Ibu Kandung Musa dakwa dimanipulasi oleh Noh Hujan

“Kau pergi mampus,” – Lafaz Noh Hujan dengan rokok di bibir dalam KLFW2022

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button