Ekonomi

MDEC lancar program penggalak Fintech

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memperkenalkan program Penggalak Fintech bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan syarikat-syarikat teknologi kewangan di Malaysia.

Program Penggalak Fintech ini, yang dibangunkan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), menyediakan skim pembinaan kapasiti yang akan membolehkan mereka membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif dengan meningkatkan kefahaman mereka terhadap keperluan perundangan, pematuhan serta peraturan.

MDEC dan BNM dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata program ini juga bertujuan untuk membina hab bagi perunding, penasihat dan penyedia penyelesaian untuk menyediakan peralatan serta sokongan kepada syarikat fintech yang mahu membangunkan produk dan perkhidmatan mereka.

Dengan memupuk kerjasama merentasi sektor awam dan swasta termasuk di kalangan institusi yang mantap serta peserta baharu, program Penggalak Fintech ini dijangka akan merangsang ekosistem fintech yang lebih dinamik yang akan memudahkan inovasi berterusan dalam sektor perkhidmatan kewangan, sambil menyumbang kepada ekonomi digital yang sedang berkembang maju di Malaysia,” kata mereka.

Menurut MDEC dan BNM, tiga tonggak yang terkait dengan perundangan dan pematuhan, model perniagaan serta teknologi akan diperkenalkan dalam program ini.

“Tonggak pertama adalah mengenai perundangan dan pematuhan, ini akan memulakan pelancaran program dengan membolehkan syarikat fintech untuk mengambil bahagian dalam sesi awam atau klinik yang akan disediakan oleh rakan kongsi penggalak yang menyertai.

“Topik-topik terkait akan berkisar ke atas perundangan syarikat, keselamatan siber dan tadbir urus data,” kata kenyataan itu, sambil menambah, enam firma guaman dan perundingan secara sukarela telah menyediakan kepakaran mereka untuk program tersebut. – BERNAMA

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button