Nasional

Md. Azis bertongkat redah PDM

WALAUPUN terpaksa menggunakan alat sokongan bertongkat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Md. Azis Jamman tetap komited memberi sokongan kepada jentera Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk memenangkan calon parti itu di Kimanis.

Ketua Bahagian Warisan Sepanggar itu yang masih belum pulih dari kecederaan kemalangan motosikal tujuh bulan lalu dilihat menemui anggota jentera kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pimping, Membakut petang semalam.

Bercakap kepada Suara Merdeka, portal berita dari Semenanjung yang membuat liputan khas pilihan raya kecil berkenaan, Md. Azis berkata, beliau harus turun padang untuk menjelaskan isu-isu yang diputarbelitkan pembangkang kepada pengundi.

Ia terutama berkaitan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang berkuat kuasa 1 Jun 2020 bertujuan untuk menyekat pemalsuan kepelbagaian dokumen Pendatang Tanpa Izin (PTI) di negeri itu.

“Lagi mereka (BN) berbohong, lagi kuat semangat saya untuk turun ke seluruh PDM menjelaskan isu ini,” kata Md. Azis. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button